13 Tahun Tunggu Anak Ditempat Terakhir Ia Dibuang


13 Tahun Tunggu Anak Ditempat Terakhir Ia Dibuang | Kisah pilu seorang wanita tua membuat Natizen bercucuran air mata,Mana tidaknya seorang ibu sanggup menunggu kepulangan anak selama 13 tahun ditempat terakhir ia di tinggalkan.

Wanita tua ini di kenali sebagai Karfiah tinggal di gubuk usang setia menunggu janji anaknya sejak 13 tahun lalu.

Ditempat ia tinggal itulah ia ditinggalkan dan disuruh menunggu sekejab oleh anaknya sendiri,namun sampai kehari ini si anak yang dikenali sebagai Rina tidak pernah kembali.

Dalam kunjungan pemberita di rumahnya tepat di tepi jalan Gerilya Timur, Berkoh keadaan beliau sangat memperihatinkan.

Dengan kuatrat yang ada sesekali beliau mengintai keluar rumah apabila ada kenderaan atau bas yang berhenti,tidak lama selepas itu ia masuk kedalam semula,jelas terpancar rasa kecewa di raut muka dan bibirnya yang pucat.

Menurut Cakbudi ,Karfiah  dalam pernikahannya tidak dikaruniakan anak,setelah suami meninggal beliau mengambil seorang bayi (anak angkat) bayi tersebut diberi nama Rina Yanti.

Dibesarkan dengan kasih sayang disekolahkan hingga masuk Kolej seperti anak kandung sendiri.

Seperti orang lain beliau juga menikahkan anaknya yang sudah dewasa dengan lelaki pilihan anaknya sendiri.

Singkat cerita rumah peninggalan arwah suaminya di jual kerana Rina berjanji mahu membelikan rumah baru untuk mereka tinggal dan akhirnya beliau setuju.

Pada satu hari beliau di bawa ketepi jalan oleh anaknya,disitu beliau disuruh menunggu kerana Rina mahu mengambil uang hasil penjualan rumah mereka.

Apa yang berlaku selanjutnya adalah hingga kehari ini sudah 13 tahun berlalu anaknya itu tidak pernah kembali dan Karfiah masih setia menunggu anaknya Rina.


Subscribe to receive free email updates: